KESAN VBOOSTER TERHADAP FUEL CONSUMPTION PADA MOTORSIKAL


Pengenalan

Heboh pada October 2017 lalu tentang produk Vbooster di group FZ 150 crew. Saya turut komen meragui keberkesanan alat tersebut terutamanya terhadap penjimatan minyak. Hal ini kerana Vbooster disambungkan ke bateri, bukannya ke ECU atau sebagai ganti ECU yang boleh mengawal operasi injector dan lain-lain komponen berkaitan penggunaan minyak.
Tambahan pula seorang ejen Vbooster meminta saya mencuba sendiri keberkesanannya. Saya setuju dan memilih hanya untuk melihat dari segi keberkesanan penggunaan minyak. Saya tiada kepakaran dan alatan yang cukup untuk mengetahui kesan lain seperti:-

2.)    meningkatkan prestasi enjin - perlu dyno.
3.)    mengurangkan gegaran - alat Vibration Meter diperlukan setelah saya Google.
4.)    lampu lebih terang – multimeter diperlukan.
5.)    mudah start – sebelum dan selepas tiada perbezaan.
6.)    menambah jangka hayat bateri – dari ilmu saya belajar, capacitor memang boleh menjimatkan bateri. 




Bagi saya kesan yang pertama iaitu sama ada menjimatkan minyak sehingga 25% adalah paling mudah untuk diketahui. Namun saya tak nafikan kesan-kesan lain tidak berkesan.



Penyiasatan Saintifik

   1.)    Tujuan

Untuk mengkaji hubungan diantara Vbooster dan kadar penggunaan bahan api terhadap kenderaan.

2 2 .)    Hipotesis

Mencari perbezaan masa  dan peratus sebelum dan selepas penggunaan Vbooster seterusnya melihat keberkesanan Vbooster dalam menjimatkan minyak.

3 3.)    Bahan-bahan
Vbooster, motorsikal FZ150, petrol Ron95 2L Shell, stopwatch, pemecah kacang.

   4.)   Pembolehubah

I.    Dimanipulasi – Kehadiran Vbooster
II.  Bergerak balas – Masa diambil untuk enjin mati
III. Dimalarkan – Ispadu petrol, pump petrol yang sama, jenis motorsikal, lock throttle di RPM 4K, waktu siang.


    5.)    Langkah – langkah

i.                    Kosongkan tangki.
ii.                  Isi petrol 2L Ron 95 Shell.
iii.                Cabut rantai
iv.                Set ke gear 5
v.                  Lock throttle di RPM 4 menggunakan pemecah kacang. RPM 4 dipilih kerana bunyi yang kurang bising dan enjin lambat overheat.
vi.                Hidupkan enjin dan start masa di stopwatch.
vii.              Setelah masa berjalan 12 minit, matikan enjin dan pause stopwatch. Minit ke 12 dipilh kerana lampu indicator merah menyala pada minit ke 9~11.
viii.            Rehat selama 20 minit. Ulangi langkah di vi sehingga enjin mati.
ix.                Pasang Vbooster. Ulangi langkah di ii hingga viii


    6.)    Keputusan

Kaedah
Masa ( min)
Masa (secs)
Tanpa Vbooster
165 min 27 secs
9927
DenganVbooster
167 min 11 secs
10031
Perbezaan
1 min 44 secs
104
Peratusan penjimatan 
1.05 %
Jadual 6: Keputusan di perolehi.

   7.)    Kesimpulan


Hasil dari kajian, saya mendapati hanya perbezaan 1.05 % selepas menggunakan Vbooster. Sumber dari ejen Vbooster mengatakan menjimatkan 10-20%, manakala dari iklan pula sehingga 25%. Walau apapun, cuma 1.05% penjimatan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan/ketara . Perbezaan yang sedikit adalah normal dan pasti terjadi kerana adanya ralat. Jika benar Vbooster mampu menjimatkan minyak, seharusnya peratusan masa mestilah ketara. Jadi kesimpulannya, tiada perubahan  dan keputusan menunjukkan Vbooster tidak berkesan menjimatkan minyak.  



     8.)    Tambahan catatan

Saya berusaha sebaik mungkin untuk menjalankan kajian ini. Setiap proses sebelum pemasangan Vbooster dan selepas pemasanganVbooster saya malarkan seperti masa jam, tempat, cuaca dan lain-lain. Masa enjin running dan masa rehat untuk enjin sejuk juga disamakan.

Adanya ralat manusia cuma saya anggarkan tidak sampai 2 minit keseluruhan sesi. Ralat manusia terjadi semasa menghidup dan mematikan enjin kerana perlu serentak dengan start/pause pada stopwatch, tetapi kedua tangan digunakan untuk on/off kunci dan tarik clutch. Setelah itu baru boleh start/pause pada stopwatch.  Jadi akan ada gap masa 2-3 seconds.
Ralat bacaan meter pula terjadi semasa enjin hidup kerana walaupun sudah lock di RPM 4, kadang -kadang jarum RPM akan turun ke 3k atau  naik ke 5k. Tetapi saya sentiasa memantau dah betulkan semula ke rpm 4 sejurus ia berlaku.

Ini adalah kajian saya sendiri. Mana-mana pihak tidak berpuas hati digalakkan membuat kajian sendiri menggunakan kaedah saya atau kaedah sendiri. Kaedah ini bukanlah 100% idea saya tetapi pandangan dari beberapa sahabat permotoran yang arif berkenaan enjin motor, elektrik, dan mereka yang di dalam bidangnya.  Elektrik dan mekanikal bukanlah  bidang saya. Sekian terima kasih. 

   9.)    Lampiran


Photo 9.a: Isi 2 Liter tepat.


Photo 9.b: Lock throttle menggunakan nut cracker dan cable tie. 


Photo 9.c: Vbooster dipasang.


Photo 9.d: Sentiasa pastikan RPM di 4k. 

Photo 9.e: Kedudukan motor semasa running. Kayu dan bata digunakan supaya motor dalam keadaan selari dan tangki tidak menurun ke depan. Tangki asalnya menurun ke depan kerana Fork depan saya sudah rendahkan dan pakai besi monoshock jack. 
































Video di atas semasa minyak hampir habis hingga enjin mati. Masa dihentikan sejurus itu.

Comments

  1. Terima kasih sbb jlnkan xprment ni

    ReplyDelete
  2. Eksperiment yg baik...saya adalah pengguna vbooster. Saya sgt berpuas hati dengan produk ini. Kesimpulan dr pengalaman saya menggunakan vbooster selama ini ialah kesan peningkatan torq sangat ketara. Anda akan mendapati peak torq berganjak ke rpm yg lebih rendah dari sebelum pemasangan vbooster. Jika sebelumnya anda perlukan putaran enjin 5000 rpm utk mendapatkan keljuan 120km/j dgn vbooster putaran enjin menurun ke 4700rpm pd kelajuan yg sama. Sebagai ahli dlm bidang mekanikal sy berpendapat bahawa langkah anda menetapkan putaran enjin(rpm) pd 4000rpm dlm menjalankan eksperimen ini adalah langkah yg kurang tepat. RPM tidak boleh dijadikan pemboleh ubah malar. Dari pengalaman saya menggunakan vbooster, penambahan jarak perjalanan sebanyak 7 ke 10% dapat dicapai utk 1 tangki penuh Honda RS150. Selain penjimatan respon enjin jiga lebih baik dengan vbooster.

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf, tapi kelajuan akhir motorsikal terikat dengan nisbah gear. mustahil enjin boleh berputar pada rpm yang berbeza untuk kelajuan yang sama hanya dengan memasang kapasitor. sprocket atau gear atau tayar yang lebih besar perlu ditukar untuk mendapatkan kesan ni.

      Delete

Post a Comment